Friday, September 16, 2011

Bertunang jangan lelama, kata org2 tua

Tentu seronok si jejaka apabila pinangan buat si gadis jelita diterima sebulat suara. Terus ada taman berbunga di hati. Kenapa tidak? Jika yang diidamkan, gadis jelita menjadi tunangan, kiranya sudah terikat satu janji, yang tinggal cuma untuk memperkemaskan, diikat mati de depan tok khadi.

Namun, harus berjaga, bila tunangan cantik jelita, fitnah yang tersembunyi sering nak terjah. Berhati-hati wahai jejaka, jangan sampai terleka dan terjebak, banyakkan istifar jika tersalah rentak. Jangan sampai ikatan yang sepatutnya suci dinodai oleh syak wasangka yang tidak berasas. Jangan jadi mangsa mainan jiwa keliru dan cemburu. Jangan terhasut oleh hasad mereka yang tak senang melihat anda berdamping dengan si jelita rupawan.

Jadi, andai bertunang, janganlah lama-lama. Lebih baik mengelak dari memperbetulkan sesuatu kekusutan. Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu dihati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu. Kerana tiada siapa yang tahu apa yang akan diterima semasa waktu bertunang. Tatkala ini, ujian bakal menjelma tanpa disangka.

Dan buat lelaki, jagalah dengan segala kehormatan, segala kebaikan, agar tunangan anda yang cantik tidak difitnah orang. Jika anda tak dapat menjaganya sekarang, bagaimana anda kelak ingin menjaganya setelah ia menjadi isteri anda?

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali

Monday, September 12, 2011

Aku Takut Kau Hilang

Aku takut kau hilang..
Jadi bayang-bayang...
Sesat dalam lurah yang gelap...
Tiada cahaya tiada kiblat.


Aku takut kau hilang...
Dalam gila ribut taufan...

aku takut kau berubah...
Nanti ternyata kau manusia lemah...
Yang tak teguh pada lidah.

Aku takut kau hilang...
Karam di lautan dalam...
Dipukul ombak dihempas badai...

Dan akhirnya terkapai-kapai

Aku tau tak kuat kau menepisnya

Bila godaaan datang menjelma
Doaku kau teguh pada pendirian
Supya tidak hilang arah dan tujuan...
Takut yang tinggal hanya kenangan....

Friday, September 9, 2011

Bila Rasa Ini Rasa Kamu...

bila yang ada hanya rasa, tiada lagi keinginan...
bila yang hadir hanya sisa, bukan lagi sebuah pengertian.
bila bertandang rindu dijiwa, ia hilang ditelan malam.
bila menjenguk kasih di jendela, ia terbang tinggi keawan.

bila pedih mengisi ruang, atie bagai dipalu kompang.
bila luluh menjadi teman, sakitnya Ya Allah tidak tertahan!
bila pengkhianatan pula menjelma, apa lagi yang harus aku terima.
bila penipuan demi penipuan, mana lagi harusku cari kepercayaan.
sesungguhnya aku manusia yang punya perasaan.

namun cinta, kasih & sayang sentiasa memberi peluang.
tidak mengenal siapakah gerangan
ia sentiasa memenuhi ruang
agar terjalin sebuah ikatan
demi untuk sebuah kehidupan
lelaki perlukan perempuan
ya, wanita juga perlukan bimbingan
dan kamulah sebagai waris adam
harus membimbing sebagai petunjuk jalan
namun apalah makna sebuah perhubungan
andai yang ditutur tidak di tunaikan
apalah erti sebuah pengorbanan andai cinta itu dipermainkan.
 
-suka2.. boring..testing-



NAn Spontan

sepi, sunyi. hati terasa kosong sekali.
bukan tiada yang menemani tetapi seolah ada sesuatu yang hilang dalam hidup ini...

leka aku di buai oleh godaan dunia.
aku berlari mengejar sendaloka tetapi aku belum mampu merangkak untuk dihitung perjalanan ke akhirat sana...

hilang kasih ibu, hilang kasih keluarga.
pedih ya amat bila terpaksa berpura-pura
seolah2 bahagia, tiada apa2,sedangkan atie remuk redam didalam sana...

ujian, dugaan,cobaan! jaga2, jangan sampai terhumban.
kuatkan diri,  hati2... biar luka ini ku pendam sendiri.
kuatkan semangat, biar tercapai segala yang dihajat...
jangan cepat mengalah, kelak org gelar kamu pengalah.
biar nampak lemah namun kamu tahu kamu tidak lelah.
biar nampak rendah kerna tiada siapa tahu segala onak duri yg telah kamu redah.

hati, membacanya tidak sukar
namun untuk dimengerti... mungkin perlukan 1000 tahun lagi.

-madah spontan di malam kelam-
NAn bersambung...


There was an error in this gadget

Followers